Monday 24 November 2014

OBESITI punca gangguan kesuburan kepada pasangan

APA itu OBESITI?


Obesiti ialah pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.





Untuk memudahkan lagi seseorang itu mengetahui adakah dia terlibat atau tidak dalam masalah obesiti bolehlah membuat penilaian melalui indeks Jisim Badan(BMI).



Indeks Jisim Badan atau BMI merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian, atau isipadu seseorang. Cara pengiraan Index Jisim Badan adalah seperti berikut:

                                 Berat (kg)

       BMI =     -------------------------------------

                      (Tinggi (m) X Tinggi (m))





Apa kaitan Obesiti dengan kesuburan?

Wanita
Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan mengalami  masalah infertiliti. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dari dalam pengeluaran ovum atau benih yang matang (tidak bertelur)

Sebenarnya telur dihasilkan sekali sahaja dalam sebulan oleh wanita. BMI dibawah 20kg/m2 dan melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada seseorang wanita untuk menghasilkan telur dengan sempurna.

OBESITI MENJADI SALAH SATU FAKTOR YANG MENGANCAM KESUBURAN WANITA. SERING IA DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT PCOS DAN JUGA ADA KAITAN DENGAN SEJARAH PENYAKIT KENCING MANIS DALAM KELUARGA.


Lelaki
Lelaki yang berbadan gempal juga mempunyai hormon lelaki yang tidak seimbang dan boleh mengakibatkan permasalahan dalam proses penghasilan sperma /benih lelaki.



Suami isteri perlulah memberi sokongan diantara satu sama lain dari segi fizikal, mental, spiritual dan kewangan dalam menjalani rawatan inferteliti.

Suami isteri boleh mengambil langkah menurunkan berat badan secara konsisten dan seimbang..bukan secara mendadak....set slim shaklee boleh membantu.

Boleh amalkan surah-surah untuk mendapat zuriat.


No comments:

Post a Comment