Sunday, 15 February 2015

Apa itu 'spina bifida'?

Apa itu 'spina bifida'?

Ia juga dikenali sebagai sumbing tulang belakang. Iaitu kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol. Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhya. Terdapat jarak (gap) antara vertebrata ,Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.

Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah wanita hamil yang tidak mengambil folik asid.Kekurangan asid folik akan menjejaskan pertumbuhan bayi.

Janin boleh dikesan berhadapan spina bifida seawal 12 minggu. Bakal ibu boleh melihat pembentukan tulang  di belakang janin melalui kaedah ultrasound semasa pemeriksaan ibu hamil atau ujian darah.

Betapa pentingnya penjagaan sewaktu kehamilan. Jangan kerana kecuaian kita anak-anak menjadi mangsa. Takdir Allah memang tidak mampu dielak tetapi Allah memberi kita peluang untuk kita berusaha mengatasi dengan ilmu dan akal pemikiran.

Pesanan untuk saya juga; ibu hamil..please..please and please..dont skip asid folic(bcomplex) ok...

No comments:

Post a Comment