Ia menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula atau glukosa dalam darah.
GI tinggi akan menyebabkan paras glukosa dalam darah meningkat dengan cepat
GI rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan dan teratur sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita pada kadar yang terkawal.
Carta diatas menunjukkkan perbandingan paras peningkatan dan penurunan paras glukosa bagi makanan berasaskan protein soya segera, ESP dan makanan berasaskan karbohidrat sahaja. |
Mengambil karbohidrat dengan GI yang tinggi akan menyebabkan peningkatan drastik pada 30 minit pertama dalam paras glukosa darah. Tenaga dibebaskan dengan cepat, namun paras glukosa juga akhirnya menurun dengan cepat menyebabkan kita kembali lapar dan perlu makan semula. Ini mendorong kita untuk makan lebih banyak.
Contoh makanan tinggi GI: nasi putih/roti putih/macaroni dan cheese
Mengambil makanan GI rendah pula membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah. Ini menyebabkan tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan ini sangat membantu kita untuk kekal bertenaga. Rasa kenyang lebih lama dan menyebabkan kita tidak berasa perlu untuk makan lebih banyak.
Contoh makanan rendah GI: yogurt rendah lemak, nasi perang
Kelebihan makanan yang mempunyai GI yang rendah:
1. Makanan yang mempunyai GI yang rendah merupakan pilihan yang bijak bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan dan mereka yang berpuasa kerana ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama.
2. Makanan rendah GI memberikan kita fokus dan mengelakkan kita daripada mengantuk terutama selepas makan tengahari. Ini kerana kadar glukos yang stabil dalam darah mengekalkan tenaga lebih lama setelah makan dan mengelakkan rasa mengantuk.
3. Makanan rendah GI juga membantu menstabilkan paras gula dalam darah. Terutamanya pesakit kencing manis, sangat digalakkan.
4. Mengambil makanan GI rendah membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah. Ini menyebabkan tenaga dibebaskan perlahan-lahan dan ini sangat membantu kita untuk kekal bertenaga dalam melakukan tugas seharian.
4. Pengambilan makanan rendah GI dapat membantu mengurangkan kolestrol. Ini berita baik untuk mereka yang nak dapatkan berat badan yang ideal.
Contoh makanan mengikut klisifikasi GI
Kalau kita lihat carta kat atas ni, ESP Shaklee mempunyai G1 rendah iaitu 39 (lebih kurang sama dengan buah epal).
Jika paras gula dalam darah tidak terkawal dalam tempoh yang agak lama, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit lain seperti Diabetik neuropati atau kerosakan saraf, hilang daya penglihatan, buah pinggang rosak dan juga hilang deria rasa pada kaki dan tangan.
Top 5 Casino & Sportsbook Apps in LA - MapyRO
ReplyDeleteFind your favorite casino & sportsbook 고양 출장마사지 apps in 경주 출장마사지 LA. We 익산 출장마사지 compare the best betting 파주 출장안마 apps, odds on games & live 당진 출장마사지 betting.