Monday, 10 November 2014

6 Makanan Terbaik Yang Mencerdaskan Otak

         Asid Lemak omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang mana tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan seharian Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik didunia yang mana membantu tumbesaran dan perkembangan memori. Ia adalah supplemen yang sangat penting untuk ibu mengandung pada usia kandungan 3 bulan terakhir. DHA (asid lemak) yang terkandung didalam omega guard Shaklee dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah migrane serta meningkatkan sistem imun badan.


Selain supplemen minyak ikan ini, terdapat 6 makanan yang terbaik yang boleh diamalkan untuk kecerdasan otak kita serta meningkatkan memori.


1.Ikan Salmon

Ikan salmon sangat baik untuk menutrisi otak kita. Ikan ini dapat mengurangkan risiko berkaitan masalah otak. Vitamin D yang terdapat dalam ikan salmon ini membantu fungsi otak. Risiko untuk mendapat Alzheimer dan Parkinson di usia mendatang boleh dikurangkan dengan pengambilan ikan ini. Daya ingatan juga dapat di tingkatkan dan risiko kemurungan boleh dikurangkan.






2.Pisang

Dalam buah pisang terdapat kalium dan magnesium yang berfungsi untuk transmisi saraf di tubuh serta otak anda. Di dalam laman web bananasaver.com, ujikaji terhadap 200 pelajar yang mengambil buah pisang tiga kali sehari bersama hidangan lain menunjukkan peningkatan kuasa minda serta tahap kesedaran yang tinggi semasa sesi pembelajaran. Ini kerana kandungan potassium di dalam buah pisang mampu meningkatkan keupayaan otak untuk berfikir dengan lebih baik.





3.Bayam
Bayam juga sangat baik untuk menutris otak. Didalam bayam mengandung vitamin B9 yang berfungsi untuk meningkatkan memori yang dibutuhkan untuk mencerdaskan otak anda.





4. Telur

Kuning telur sangat bermanfaat kepada tubuh kita kerana ia boleh mengatasi masalah hati, otak,saraf,jantung dan dalam perhubungan suami isteri. Ibu mengandung juga dinasihatkan mengambil telur untuk membantu perkembangan janin dan otak bayi.





5. Blueberi

Dengan makan blueberi kita dapat menyimpan memori lebih tajam. Flavonoid dalam blueberi memainkan peranan dalam meningkatkan memori, belajar dan berbagai fungsi kognitif lainnya.
Flavonoid membantu melindungi otak dari radikal bebas, yang dapat membahayakan kesihatan,memberi perlindungan kepada  gangguan mental yang berkaitan dengan usia seperti alzheimer dan parkinson.




6. Coklat

Coklat Hitam (dark chocolate) adalah makanan yang sangat disukai oleh semua orang. Coklat hitam kaya antioksidan yang sihat untuk seluruh tubuh serta otak anda.
Cokeat hitam kaya flavonoid yang membantu meningkatkan aliran darah ke otak. Satu kajian yang dilakukan di Wheeling Jesuit University di West Virginia menemukan coklat hitam mampu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan.





No comments:

Post a Comment