Mesti kita semua tertanya-tanya..kenapa pinggan ..betul tak?
Pinggan kan gunanya untuk meletakkan makanan.
Baik...
Andaikan 3 individu berbeza meminjamkan sebiji pinggan daripada kita.Selang beberapa tempoh masa....
Individu 1
memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang bersih, cantik tanpa sebarang kecacatan.Lalu kita terus meletakkanya diatas rak pinggan yang bersih.
Individu 2
memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang kotor dan tidak berbasuh. Lalu kita terus basuh sehingga bersih dan meletakkannya pada tempat yang sepatutnya.
Individu 3
memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang pecah berderai.Tidak boleh dibezakan antara bentuk pinggan mahupun serpihan kaca..Lalu kita terus menghumbankannya kedalam tong sampah.
Begitulah kita sekembalinya kita menghadap Allah yang maha Esa
Jika kita kembali dalam keadaan yang bersih, elok tanpa sebarang kekotoran dosa. maka Allah akan meletakkan kita ke tempat yang selayaknya iaitu di syurga yang maha luas.
Tetapi jika kita kembali dalam keadaan yang kotor dengan dosa, Allah 'basuh' kita sebersih-bersihnya didalam api neraka sebelum memasukkannya kedalam syurga
Dan jika kita kembali dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dan kufur, maka neraka jahanam lah kita akan dihumban buat selama-lamanya.
Itulah kisah kita ibarat pinggan yang menjadi pengajaran dan bermanfaat buat kita semua.
No comments:
Post a Comment