Sunday, 16 November 2014

Mak...Jangan pergi dahulu




Apabila tiba kita nak putus nyawa, saat malaikat izrail mencabut nyawa..kalimah Lailahaillaah kita dengar ditelinga kita.

Masa itu kaki tidak lagi boleh melangkah, jasad tidak boleh bergerak..mata kita kan tertutup buat selama-lamanya..

Saat itu adakah kita sudah meminta maaf daripada kedua ibu bapa kita? Sempatkah kita bertaubat?..YaAllah..ampunilah kesalahku dan keterlanjuranku selama ini..


Suatu ketika dahulu...kira-kira 10 tahun yang lalu..

Kedengaran bunyi suara orang membaca surah yassin dan terlihat ramai orang berkumpul memakai kopiah dihadapan rumah. Kakiku melangkah menuju ketangga rumah, lalu masuk memberi salam. Ditengah-tengah rumah satu jasad berselimut putih, tidak bergerak,.kaku. Lutut menjadi lemah, langkah semakin longlai. Aku duduk ditepi jasad itu..aku kenal jasad ini..cukup kenal. ....MAKKKKKKKK........MAKKKKKKK...aku panggil nama mak..tapi tiada menyahut..Aku mengangkat kain batik lepas itu,,aku pegang tangannya...tangan yang pertama menyuapku ,,,tangan yang mengusap rambutku, tangan yang membelaiku...hanya Tuhan sahaja yang tahu Besar pahalanya..

Air mata deras mengalir....YAALLAH....ampunilah MAKku...gantikanlah setiap titik susu yang mengalir didalm tubuhku..Engkau gantikanlah dengan keampunan yang boleh membawanya kesyurgamu YAALLAH..Kurniakanlah kepada MAKku syurga mu yang maha luas.

Tetiba-tiba dunia menjadi gelap...
.
.
.
.
.
.
.Rupanya..aku bermimpi...Astaghfirullahalazim......Ku sapu air mata yang mengalir dan membasahi pipiku
Aku termenung seketika ..kemudian bangun mengambil air sembahyang untuk solat subuh..
Pagi itu memang memberi satu makna untukku..ingatlah bahawa SYURGA ITU DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU..
mintalah keampunan dari kedua ibu bapa sebelum mereka..atau sebelum kita pergi menghadap illahi..




Nukilan...





No comments:

Post a Comment