Wednesday, 25 June 2014

Pergi kelas setelah beberapa tahun habis belajar

Hari Isnin 23hb Jun 2014 yang lepas, saya hadiri kelas yang sangat luar biasa . Apatidaknya, kelas ni suami dan anak-anak kecil pun boleh ikut.Memang sempoi habis. Macam-macam yang saya belajar sepanjang kelas ni. Aura positif telah disebarkan oleh beberapa orang yang telah berjaya. Sampaikan kitaorg semua pening kepala dan mual-mual lepas kelas. Bukan sebab tak suka or stress dengan pembelajaran nya, tapi sebab tersangat lah padat ilmu yang kami dapat ditambah menyerap aura-aura positif dari mereka. Memang lepas ni, saya PASTI akan kembali.


Apa yang saya pelajari:

1)99 impian anak muda seperti saya (muda lagi kah..hehe) yang WAJIB di tulis

2)Jadilah KATAK YANG PEKAK BUKAN JADI ANAK GAJAH YANG DIRANTAI

3)Kuasa DOA

4)Jangan malu dan putus asa untuk minta pada ALLAH

5)Jangan takut berIMPIAN BESAR

6)Change your thought from making money to serving people. If you help people, money will follow you. 

7)Berfikir diluar kotak pemikiran

Banyak lagi sebenarnya.nanti kalau ada waktu saya akan tulis lagi ok.





Homemade chocolate paling senang

Teringat dulu masa saya mengandung, teringin sangat nak buat coklat sendiri. Disebabkan waktu tu pun saya surirumah, saya pun banyak masa nak cari guru yang boleh ajar buat coklat. Jadi saya bertemulah dengan cikgu ain rusli, Rumah nya kat puncak alam.

Ni saya kongsikan coklat-coklat pertama yang saya buat bersama cikgu ain.Episod seterusnya saya akan kongsi macam mana senang nya buat coklat.Anak-anak mesti suka.


oreo chocolate

daisy lolypop

hasilnya..banyak kan..semua boleh bawak balik


aneka bentuk coklat


Selamat datang semua

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera..

Selamat datang ke blog personal saya. Inshaallah saya akan kongsikan pelbagai informasi tips, panduan, resipi keluarga, produk dan bermacam-macam lagi.

Semoga blog ini dapat memberikan pelbagai manfaat kepada saya dan kita semua.


Saya Abiedzainal